Senin, 15 Juli 2013

BERSYUKUR, MENGHITUNG APA YANG TELAH ALLAH BERIKAN

Sering kali kita lupa untuk bersyukur pada yang Maha Esa. Banyak perkara yang sepatutnya kita syukuri, tapi kita lupa.
Bulan ramadhan bulan yang mulia. Sepatutnya kita jadikan bulan ramadhan sebagai latihan diri untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh-Nya selama ini.
Kita patut bersyukur selama ini tidak pernah terkurang makan, hinggakan pada bulan ramadhan pun masih lagi ada rezeki untuk menjamah pelbagai jenis juadah semasa berbuka. Disaat kita enak menikmati juadah berbuka, ada insan lain yang hanya mampu berbuka dengan secawan air kosong. Tapi adakah kita bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya?
Disaat kita mengeluh kerana tidak diberikan bonus hari raya atau pun merasa tidak cukup bonus raya yang diberikan. Ada insan lain yang dibuang kerja atau munkin tidak mempunyai pekerjaan. Adakah kita bersyukur dengan apa yang ada?
Kita mengeluh apabila tidak dibenarkan untuk pulang beraya bersama keluarga. Tapi tahukah kita ada insan lain yang langsung tidak mempunyai keluarga. Kita sepatutnya bersyukur kerana masih ada orang tersayang yang akan menanti kepulangan kita walaupun lewat dari biasa.
Hati merasa gundah gulana, kerana baju raya yang ditempah masih lagi tidak siap. Baju raya masih lagi tak cukup walaupun dah penuh satu almari. Tahukah kita, sebetulnya ada insan lain yang langsung tidak mempunyai baju baru setiap kali tiba aidilfitri. Tiada istilah baju baru atau baju raya bagi mereka.
Sering kali dalam doa seharian kita, mohon dari-Nya agar dimurahkan rezki. Tapi yang paling utama juga ialah bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah atas pemberian segala nikmat dan kurnia daripada-Nya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar