Oleh yang demikian, eloklah kita menguruskan masa dan urusan memasak kita dengan lebih efektif. Stress pun akan dapat dikurangkan, insya Allah. Tops memasak untuk Sahur dan berbuka juga boleh digunapakai dalam oleh ibu bekerjaya yang sudah pasti sibuk tetapi masih mahu memberikan air tangan sendiri untuk keluarga.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita kongsikan bersama:-
- Rancang Hidangan : Adalah penting untuk merancang menu terlebih dahulu. Ada yang suka merancang menu bulanan, ada yang merancang menu mingguan. Apapun, rancanglah menu yang mudah disediakan.
- Sediakan Senarai Barang Belian: Semak keperluan resepi anda dan pastikan barangan yang diperlukan mencukupi. Perhatikan juga tarikh tamat tempoh supaya masih boleh digunakan apabila diperlukan nanti.
- Manfaatkan masa hujung minggu/masa lapang: Gunakan masa lapang anda untuk menyediakan stok simpanan anda supaya tidak terkejar-kejar semasa hendak memasak.
- Kupas bahan-bahan rempah/herba: Kupaskan bawang merah, putih, besar (anggaran untuk kegunaan seminggu) halia, lengkuas, kunyit dan lain-lain lagi. Potongkan bahan yang hendak anda gunakan dalam masa terdekat dan selebihnya disimpan dalam cling wrap dan dimasukkan dalam peti ais supaya tahan lama.
- Sediakan Perencah/cili kisar: Masakan Malaysia kebanyakannya menggunakan cili kisar dan perencah seperti bawang kisar. Potong cili dalam 2cm dan buang biji, kemudian dibasuh. Selepas itu direbus cili tersebut dan kemudian dikisar. Simpanan dalam bekas simpanan kecil-kecil supaya tidak mudah rosak. Boleh juga dicampurkan dengan bawang ataupun diasingkan.
- Cili tumis: Untuk menjimatkan lebih masa, anda juga boleh menyediakan cili tumis dengan cara menumis cili anda dengan minyak, garam, sedikit cuka sehingga airnya kering kemudian disimpan dalam bekas kecil-kecil atau dalam botol. Boleh digunakan apabila perlu tanpa perlu menunggu cili masak kerana sudahpun dimasak terlebih dahulu.
- Simpan sayur-sayuran: Sayur-sayuran tidak perlu dibasuh supaya tahan lama. Sebaiknya disimpan dalam kertas suratkhabar ataupun foil. Potong siap-siap jika anda mahu lebih cepat. Pastikan juga wap panas dikeluarkan dahulu sebelum disimpan dalam peti ais supaya tidak mudah kekuningan.
- Penyimpanan ikan: Ikan perlu dibasuh dan dibersihkan daripada darahnya. Kemudian disiang dan disimpan asing mengikut keperluan supaya tidak perlu dinyahbeku kesemuanya apabila mahu digunakan. Untuk menyegarkan ikan yang sudah dibekukan bolehlah direndam menggunakan susu segar.
- Penyimpanan makanan laut: Basuh makanan laut anda dan bersihkan seperti biasa. Kemudian disimpan mengikut keperluan.
- Penyimpanan ayam: Ayam dibasuh dan diasingkan organ dalaman sekiranya ada. Kemudian dipotong dan disimpan mengikut keperluan.
- Penyimpanan daging: Daging boleh disimpan dalam aluminium foil tanpa dibasuh mengikut keperluan masakan.
- Stok telur: Jika ada telur yang sudah dipecahkan, bolehlah disimpan dengan menambah sedikit garam/gula dan disimpan dalam bekas bertutup.
- Sambal Belacan: Tumbuk bahan dan simpan dalam peti ais. Apabila hendak dimakan, barulah campur dengan perahan asam limau/ limau kasturi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar