KIAMAT AKAN TERJADI SECARA TIBA - TIBA !!
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada ketika itu dua orang
lelaki sedang tawar menawar pakaian, maka mereka tidak sempat melakukan
urusan jual beli dan tidak sempat melipatnya.
Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada ketika itu seorang
lelaki telah memerah susu dari untanya, maka ia tidak sempat memakannya
(meminumnya).
Dan pasti akan berlakunya kiamat, sedangkan pada
ketika itu dia sedang membaiki dan memperelokkan kolamnya, maka ia tidak
sempat memberi minum darinya.
Dan pasti akan berlakunya
kiamat, sedangkan pada ketika itu dia sedang mengangkat makanan ke
mulutnya, maka ia tidak sempat memakannya."
Kesimpulan :
Kiamat akan berlaku secara mengejut (Tiba-tiba) tanpa disadari oleh
manusia. Maka bersegeralah bertaubat kepada Allah dan jangan
menangguhkannyalagi kerana Malaikat Israfil sudahpun bersedia semenjak
dahulu lagi untuk meniup angin sangkakala, hanya menunggu arahan
daripada Allah S.W.T.
Semoga Kita Semua Sedang Dalam keadaan Beriman (Taubat) Ketika Kiamat Terjadi,,,
Tidak ada komentar:
Posting Komentar