DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan
terhuyung-hayung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia
berada dalam dukacita yang mencekam.
Tudungnya menutup hampir
seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan yang menghiasi di
tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan mukanya yang ayu,
tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah menyayat hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.
Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, "Saya... telah berzina".
Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... hamil.
Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,"
ucap wanita itu seraya menangis terisak-isak..
Nabi Musa
berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan laknat ,
pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku
kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata
kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca
membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia
terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..
Ratap
tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu..
Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang
Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal
menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat
perbuatannya.
Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat
Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari
dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
" Ada!" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk
menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk
memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa
menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa
penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu
tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan
menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang
orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh
bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada,
di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima
kedatangannya.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina
dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul
niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar