10 SEBAB SHALAT TIDAK DITERIMA
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Siapa yang memelihara shalat,
maka shalat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak
memelihara shalat maka sesungguhnya shalat itu tidak menjadi cahaya dan
juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.
Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahawa terdapat 10
golongan manusia yang shalatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu :
1. Orang lelaki yang shalat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan shalat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta angkara.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang shalatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
HR Bukhari dan Muslim. Kitab (Tabyinul Mahaarim).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar