Jumat, 16 Agustus 2013

'' ANDAI LELAKI TAHU ''



Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya. Tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya

Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, Itu bukan bermakna dia lemah. Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu

Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah, Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya. Tetapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, Mereka jarang bertengkar, Akan tetapi percayalah .. Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang Maka akan semakin banyak pula sesuatu yang terjadi

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cerewet
Dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih. Tetapi dia mau lelaki mengenalinya dengan lebih dekat

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mau menerima kamu apa adanya. Tetapi dia mau menjadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percaya kamu, Bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu menyayangi kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuhnya perhatian.

Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya Kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat, Dia hanya mengharapkan yang terbaik untuk kamu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar