PELUKLAH ISTRIMU SETIAP HARI, MAKA KAU AKAN PANJANG UMUR
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta
berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara
sentuhan dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang
umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan
boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk
endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
``Bagaimanapun,
sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di
tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan
Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga
Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti
Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon
endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai
penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai
kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan
gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.
a. w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga
mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan
meningkatkan kesihatan isteri.
``Oleh itu suami yang inginkan
isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih
kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan
itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang
juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan
menarik.
``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
source : fp anakku bijak membaca
Tidak ada komentar:
Posting Komentar